Tuesday, February 24, 2009

BENGANG!!

Ni kisah minggu lepas..aku sangat-sangat bengang ngan 'sumbody' nie.Tak bleh lah nak identified dia nie sape kan takot nant geng-geng dia terbaca naya aku.hehe!!Memang mood aku minggu lepas xbrape nak 'ok' di sebabkan seorang minah jek.Adooo...Aku xtau la apa yang aku tak suka pasal dia,mungkin pasal dia skema kot atau pun aku xnampak apa-apa kredibiliti pada dia.So aku kurang nak hormat kot...Biasa la kan,kadang-kadang kita susah nak terima kalau orang bagi pendapat atau idea yang kita rasa tak logik.tapi kadang-kadang kita rasa kita jer yang betul.heehhe!!Well biasa la manusia ada ego yang tersendiri dan aku pun tak terkecuali.

Citer dia cam nie.Minggu lepas,aku memang perlu sangat pakai satu 'alat' nie.Alat tue plak memang ada satu jer,so kene la kongsi-kongsi.Hari isnin aku pergi aku tgok ada sorang minah tuh yang guna.So xkisah la sebab aku lambat, aku xmarah la dia nk guna alat tuh seberapa lama pun.Pastu aku tnya la 'minah' nie

'Pasni sape yang guna?"
'sy..saya nak guna 2 kali'
'ooo..ok la cam tue,"

Di sebabkan dia nak guna sampai dua kali,aku pun xjadi guna alat tuh pada hari Isnin tuh.Alat nie sensitif cket.Kalu guna amik masa sejam or lebey pastu kene sejukkan smpai btul2 sejuk baru leh guna tuk kali kedua.So sangat memakan masa,jadi memang xkan sempat aku nak guna pada hari tersebut.Dalam kul 3 kot aku balik petang tuh.Dalam fikiran aku,esok boleh la aku guna alat tue sebab aku memang perlu2 sangat guna.Pada keesokan ari nya, aku masuk lab.Belum sempat aku melabuhkan duduk kat kerusi 'minah' tuh dah datang dengan 'sengihan' yang terukir.

"pas ni, sy tau nak gune alat ni'

Aku dah start bengang..huhuh!!Smalm dah turn dia,xkan ari-ari turn dia kot.Yang buat aku marah, bukan pasal dia dapat turn banyak ke apa.Tapi cara kerja dia yang 'terhegeh-hegeh".Dia dah tahu alat tue kan satu,kalu nak gune pandai-pandai la alert.Memang la lama nak tunggu alat tuh sejuk,tapi pandai2 la bajet masa dan check kan.Ni tak,dia yang lambat (nak cakap lembap sebenarnya..hahhaha) dah mnyusahkan dan melambatkan kerja orang lain.Tu yang wat aku bengang sangat tuh

Keesokkan hari nya, bila aku masuk jer lab nak guna alat yang sama ada sorang akak tue tengah guna.So xpe la,aku pun tunggu la turn.Tup-tup, dia nak guna lagi.Adooooo........dah start nak bengang.Tapi aku sabarkan jek muka dan reaksi muka aku supaya xberubah sangat.Aku bukan apa,kalu turn pas dia memang aku akan lambat la.So,aku kat bahagian blakang pe lagi ngomel2 geram la.hehheheh!!Memang tepat jangkaan aku,alat tuh selesai di guna pukul 10 tapi pukul 1 time aku nak gi makn tuh memang tersadai jer alat tuh kat situ.Padahal masa aku pegang tue,xder nyer panas lagi.3 jam dia buang masa orang lain.aku rase dalam sejam lebey dah bleh keluarkan sisa2 dalam alat tuh supaya dia lebey cepat sejuk.Aku xtau la mungkin dia terlampau skema kot.Ala xkan nak tunggu benda tuh 'beku' 0 darjah celcius kot baru nak terhegeh2 bangaun dari tempat duduk dia n baru nak guna.huhuhuh!!!

Dalam tempoh xdapat guna alat tuh..terpaksa aku curi solvent2 orang lain.heheh!!pada yang bagi pinjam tuh time kaseh banyak2..heheh!!Sesungguhnya minggu lepas sangat tensen...Dah la tensen pasal alat,pasal trip pun tensen gak..hehhe!!

Khamis lepas,kitaorang ada trip yang wajib.Kira masuk dalam keperluan kursus.Lawatan ke petrochemical site kat Gurun kedah.Memang service dan ilmu yang kitorang dapat xserapa la.Agak penat dan tak berbaloi perjalanan 12 jam pergi dan balik dan hanya dapat presentation yang '******'...hurm.........Dari hari khamis bertolak dan sampai kolej dalam pukul 12 tengah malam hari jumaat.Keesokkan nya plak, aku ada program 'finishing school' tepat jam 830 pagi sampai 530 ptg...wawawwawa!!!Hari tuh sangat2 penat........memang xleh bayangkan n nak di ceritakan kepenatan.Dengan perasaan marah,dengan kepenatan dan di tambah dengan kesedihan.Balik-balik dari trip baru aku perasan cincin yg slalu aku pakai hilang.huhu!!Walaupun pada orang lain cincin tuh xbernilai sangat tapi cincin tuh hasil penjimatan duwet poket aku.huhu!!Minggu lepas memang minggu yang sangat TENSEN...........semua perasaan bercampur baur..................huhuhuhuh!!!this is what we called life!!!!

BOIKOT XHABIS_HABIS

Kenapa aku memboikot???Sesungguhnya memboikot satu benda yang membunag masa.’Masa itu emas” dan Allah marah pada manusia yg mensia-siakan waktu.Sesungguhnya,ia memang sia-sia jikalau hanya 10 orang per sejuta yg memboikot.Walaupun 10 orang ini memboikot hundred percent barangan Yahudi yg di laknat ini,tidak akan memberi impact yg maksimum..Tapi jikalau semua bersatu, InsyaAllah,ia akan merupakan kemenagan paling manis umat islam seluruh dunia khususnya kerana dapat meloboskan dori dari cengkaman manipulasi golongan terlaknat ini.Sebab yang paling kukuh kenapa golongan Yahudi ini tak pernah teragak-agak menghujani Bumi Palestin dengan bom-bom yang meragut nyawa ramai insan yg tidak berdosa adalah kerana mereka tahu Umat islam xkan pernah ‘menyusahkan’ diri untuk umat islam yang lain.Namun,tahniah untuk warga Palestin, kerana pergimu dalam jihad dan hadiah terbesar untuk yang berjihad adalah “mati syahid’.

Aku tahu,ramai yang melaungkan kata-kata ‘BOIKOT’ namun belum tentu kita boleh memboikot sepenuhnya.Seperti mana internet yang kita guna sekarang.Kalu betul apa yang kita laungkan tue,semetinya kita jangan lagi menggunakan internet.Aku sendiri menggunakan internet kerana tidak dapat mencari alternative lain untuk aku gantikan.Disini sudah kita dapat lihat kelemahan dan kemunduran islam itu sendiri.tapi amat di tekan kan , islam itu tidak penah mundur.Terima atau tidak,kita sebagai penganut nya yg melemahkan islam di mata orang lain.Tapi atleast , walaupun still menggunakan internet , aku sudah tidak membeli barangan-barangan Yahudi yang lain.Aku memboikot bukan untuk keruntuhkan sesuatu bangsa,bukan untuk melesetkan ekonomi mereka,bukan untuk me’muflis’kan syarikat mereka.Aku Cuma menginginkan ‘peruntukan peperangan’ di hapuskan dan tidak wujud dalam account mereka.Aku rasa untuk memboikot sehingga mereka muflis adalah xpatut.Kerana,apa sahaja dalam kehidupan sekarang bergntung pada hasil ciptaan yahudi.Contoh terdekat internet yang aku gunakn sekarang.

Ada orang cakap,buat apa boikot sebab nanti tinggal laungan semata2.Buat sepanduk,bising sana,bising cni.Tapi last2 hampeh…herm..Tapi tidak kah kita terfikir,bahawa ATLEAST dorang berjemur panas dan bersesak2.Ada usaha jugak kat situ.Dan kita sepatutnya appreciate ‘kemampuan’ dorang untuk mnunjukkan perasaan dorang.Sama jugak dengan boikot, walaupun impact nyer hanya 0.00000000001 percent tp kita ada buat sumthing untuk saudara seagama kita.Nanti kalau orang tnya,’apa sumbangan korang ketika bumi anbiya nk dirampas”…At least aku boleh cakap,doa sudah ku berdoa, boikot sudah aku boikot tp dari segi senjata dan tenaga aku blum mampu dan mungkin xkan penah mampu’..Sekurang-kurangnya aku ada ‘sumthing’ untuk aku jawab bila di tanya sedemikian rupa.Dari aku duduk berpeluk tubuh menunggu takdir Allah.Ibarat menanam buah di padang yang lapang, tnpa mnyiram tp mengidamkan ia berbuah ranum.Tanpa usaha dari kita umat Islam sesungguhnya Islam xkan menang.

Orang cakap kalu nak bagi zakat bagi pada orang terdekat.lagipun memang di sunnatkan bagi pada yang terdekat.Tapi jangan nak samakan ngan kes Palestin.Kita sebok2 nak bantu Palestin tapi rakyat Malaysia ramai yang miskin.Salah pikir cam tuh.Kat Malaysia, apa yang tak der??Tanah berlambak,siap pendatang pun ramai.Kalau pendatang tanpa izin boleh kaya hanya dengan keje buruh binaan,kenapa orang Malaysia still nk mintak bantuan kerana miskin??Sy sifatkan saudara2 terdekat kita nih kurang rajin (nak guna pamalas kasar sgt) dan xlayak di bantu.Tanah kat Malaysia ni subur kalau rajin di usahakn mesti akan dapat hasil.Kalu xder tanah sekalipun, ambil la upah apa2 jangan cepat nak ikot jalan senang dgn mintak derma ngan masyarakat.Itu lah beza nya saudara kita di Malaysia.Saudara kita di Palestin,xda tanah,rusuhan di mana2,bom dah macam hujan..Mereka bukan sahaja layak di bantu bahkan wajib di bantu.

Ada orang ckap,buat apa bising2 pasal boikot kalau kita still lagi agung-agungkan filem barat,budaya dorang dan semua skali.Sama la seperti saya kata tadi,lebih elok kita ada wat sumthing dari berpeluk tubuh dan tunggu.Contoh kalau kita sesat,kalau kita duduk jer tunggu bantuan datang,memang bergantung pada naseb la kan.tapi kalu kita redah hutan tue atleast ada kebarangkalian untuk kita temui jalan pulang...huhuh!!suke2 bagi contoh.Cam filem yahudi,aku mmg tengok sebab kualiti cerita mereka.tapi xder la smpai aku nk bli cd ori ke apa.cuma download fre jer dr tenet tak pun tgok kat astro jer.So walaupun tgok xder la smpai agungkan.lagi satu bab budaya,aku xrase aku ni membudayakan sgt budaya barat tuh..Still lagi aku berpegang pada budaya ketimuran.tapi xtahu la dalam xsedar atau secara tak langsung aku ada 'ter -membudayakan ''...tapi seboleh2 nyer apa yang dapat aku elakkan aku akan elakkan.



Tapi hairan kan,Negara yang kaya dengan minyak kebanyakannya negara2 Islam.Macam Israel ngan amerika Bumi dorang kontang dan miskin.sepatutnya negara2 Islam ini dah lama maju dari golongan2 terlaknat ni.Biasa la,macam anak orang kaya,bila harta dah berlambak malas nk berusaha.Kita sebenarnya ada senjata paling berkesan untuk memusuhi golongan yahudi ini.”TELAGA EMAS’ kita.Segala machine-machine canggih dorang xkan bergerak kalau xda minyak petrol.dan dorang plak xder telaga minyak sendiri.Tapi, kita perlu jual minyak kita untuk pendapatan Negara.Hurm…nak wat cam ner kita lemah..Sy sangat kagum dengan Iran.Sekarang sedang giat membangunkan senjata nuclear sendiri.Golongan yahudi ni dah takot sebab tuh Iran di kenakan sekatan.See, Yahudi ni dah manipulasi kita supaya kita sentiasa di bawah dorang dan tak menggunakan “kekuatan’ yang ada pada kita.Sama seperti cara British memanipulasi 3 bangsa di tanah Melayu suatu masa dahulu supaya masing2 ‘diam’ dan tidak menentang semmentara mereka ligat mencuri khazanah Negara kita….

Alamak,terpanjang plak sy mengarut ari ni.hehhe!!

p/s : xreti tulis panjang2 cam addy..

Friday, February 13, 2009

KOMEN BALAS BOIKOT.


Dulu masa sy wat entri pasal boikot,ada seorang member sy komen...

"Kalau kita boikot sumer nyer, memang xkan boleh sebab berkaitan ngn ekonomi'
"kalu kerajaan malaysia banned jenama2 israel, pendapatan akan lost'
"ekonomi akan jatuh kalu syariakt2 gergasi ni tutup".

Pendapat tu memang btul..Salah satu cabang atau point of view yang berlainan dari cara melihat isu boikot ni.Bagi saya satu cadangan yg bernas megikut aspek lain.Saya pun setuju gak sebenarnya.Tapi kat cni saya nak bagi pandangan balas untuk difikirkan bersama.Entri ni bukan entri 'hemtam' komen awak tau..Tapi lebey kepada pandangan saya ...hehheheeh!!

Memang la kalau kita banned semua,lingkup kita.Tapi,sy lebey maksud kan tindakan boikot secara individu.Maksud nyer,bukan boikot semua tapi certain2 janama yg xder effect sgt kehidupan kita.Bab boikot ni sebenarnya lebey kepada 'nak seribu daya, xnak seribu dalih"
Selalu nye,kita bagi byk alasan supaya xmemboikot...

'Kalau xder brg2 Israel, nk makan ape'


'Ala kfc sedap la,xleh kalu lama xrase'

'perfume ni wangi la,xkan nk pakai minyak attar yg nenek wat balik
dari mekah'


'komputer dell power la,kalu bli jnmae jepun mesti cpt rosak'

'baju Disney lawo2 la design,kalu pakai bju kurung jer xstyle n xder
jenama la'



Sebenarnya,tindakan memboikot ni sekaligus menunjukkan 'kasih syang' kita pada umat islam yg lain.maksudnye cubit paha kiri,paha kanan pun terasa.Namun,Bila kita memberikan byk alasan seperti itu, maksudnye dalam diri kita xder langsung perasaan 'kasih syang' antara kita dan orng2 palestin.mungkin yang wujud hanya lah perasaan kesian dan mungkin juga kemanusiaan.Kerana,kalu kita menyanyagi mereka seperti kita menyanyagi saudara kita,abg,adik dan parents kita kita akan sanggup mengorbankan diri kita sendri untuk mereka.Malah kita bahkan sanggup mati untuk orang yg kita sayang.Ini lah kelemahan TERBESAR umat islam skrang.Kita sebenarnya lebih pentingkan diri,keselesaan sendiri dan keselamatn sendri.Kita xpenah bersatu di bawah nama ISLAM.Sebaliknya kita bersatu dia bawah nama etnik dan bangsa.Atas kelemahan inilah pihak musuh dapat memanipulasi kita sedemikian rupa.

Tapi ada gak segelintir dari umat islam negara kita yang betul2 memboikot produk israel ni.Mungkin sebahagian besar dari barangan israel dia boikot.Sampaikan roti GARDINIER pun dia xmakan.Aku rase bukan semua umat islam xda kasih sayang pada saudara seagamanya.Depends dengan environment dan latar blakang orang tue.Sebab orang yg aku jumpa tuh seorang pejuang muslimah.Dia byk merantau ke serata dunia untuk menolong umat islam di smping berdakwah.Aku kenal pun sebab 'terikut' mum aku yg nak sangat aku teman dia g ceramah kat surau tyme aku balik cuti ari tu.Tyme tu aku nk makan roti Gardinier tuh..Dia cakap, adik skrang kita boikot la produk israel yer.Roti tu pun produk israel.hahhahah!!!tapi dia ckap dah terbeli xpe...hehhehehhe!!!

Sebenarnya aku sendiri pun xtau,aku ada kecintaan gler2 pada saudara seislam aku atau tak.Tapi aku harap aku boleh la menerapkan cam tu dalam jiwa aku.Entri ni untuk renungan aku sendiri sebenarnya.Sama la macam kita xbrapa alim tp teringin nak jadi seorng yg alim dan disyangi oleh Allah,Tapi xsemestinya kita mampu walaupun kita nak.Tapi selagi kita berusaha ke arah itu apa salahnya kan...............~

ALLAH MAHA BESAR..









Ari ni aku makan lambat cket..Dalam kul2 baru turun cafe.Bukan ape malas gler rase nyer nk siap2..Tp sebab perut dah xthan terpaksa la ngan malasnyer mngorak langkah pelan2 ke cafe yg xbape nak jauh pun dr kolej.heheh!!...Tp tu bukan lah topik utama yang aku nak cakap sebenarnya.Tp nk ckap pasal seorng *****yg suatu masa dulu penah popular ngan penganiayaan rela ke atasnya.heehehe!!Masa aku balik , aku dengar la jgak rumate aku berciter pasal "*******" dengan kawan2 dia..Bila dorang sebut name dia aku cam tak perasan lagi.tapi lama2 baru aku ingat rupanya '*****" yang kononnya kene ***** tue...hehhehe!!






dalam otak aku..Loh btl ker da kene sakit misteri????kenapa aku xtau..hehe!!Dengan laju nyer aku tinggalkn nasi aku separuh polisteren plak tu, siap ayam lum habis lagi.Trus bukak laptop and tekan butang "SEARCH"..hahahaahhah!!Hurm berjela2 entri dan maklumat pasal dia









aku memang xstuju orang buat sumpah laknat.Lagi plak orang yg buat sumpah tu jenis yg nak baca Quran pun terhegeh2 siap nak kene eja dlu satu2.hehehheh!!!Sumpah laknat bukan benda main,sama ada yg btul2 berani ataupun yg 'xder iman langsung' jer boleh buat..Allah Maha Besar



Ada gak kawan aku ckp, kalu dia saje2 nak wat sumpah tue untuk duwet, xkan dia tak takot laknat Allah.

Btul gak kan??Dia asal dari keluarga yg beragama islam xkan xder terdetik pun dalam ati dia kan..

Aku pun fikir btul jgak kan....Tapi pas aku chat ngan sorang member ni,member chat aku punya pandangan:



'Tak semua Melayu Islam"

"Jangan pukul rata org melayu adalah ISLAM"

"Bila ISLAM xder dalam diri dia xkan rase takut pada Allah'



Hurm...maksud nyer di cni,jika keimanan xtebal or xder langsung mungkin dia ni akan buat apa saja walaupun dia bergama islam.Xkan timbul rase takot n rase berdosa.~





*Dengar-dengar dia nak sue blogger...so have to remove it from here..

Tapi xpe..andai kata satu ari aku dapat kuasa luar biasa untuk tgok kesalahan manusia,dia orang pertama aku attack....hahhahah!!pe pun,salah ke btul kenyataan dia, tunggu la pada hari pembalasan...Allah Maha Adil..Yang bersalah xkan terlepas dan yang baik dan teraniya akan terbela..........*