Wednesday, October 15, 2008

CINTA

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Tuesday, October 7, 2008

rumah ku syurga ku...





Selepas berhempas pulas aku stadi PTK( ader test kan) tiba la waktu plg besh..balik umAh!!!!yahoooo!!actually aku tak hempas pulas stadi tp hempas pulas salin rumus....hahaha!!Bercakap pasal test tu,aku takot gler la.bukan pasal xley jwab ke ape… soalan leh jawab..Macam yang di jangka soalan kluar same jer cume trick ckit je la kot..heheheh!!..soalan Dr. nak tolong pelajar,dah la bley bawak one piece of paper then bagi clue2 soalan plak..heheh!!Masalah nyer, ader satu rumus pasal rejection ader 2 rumus aku tak salin kat kertas tue,pastu pe lagi aku signal2 ah kawan aku kat sebelah..pastu time aku dok salin2 upenyer baru sedar der pak cik yang jaga kat blakang..adooo!!Habis-habis aku doa moga2 dia xkejam sangat..Ye la mane tau dia senyap2 hafal number matric aku pastu dia asingkan paper test aku..tak ker naye idup aku..huhuhu!! ~thinking~jujurkah aku pada ilmu???hehheeh!!





Erm pastu malas dah aku risau2 lantak la..hahha!!Yang penting aku nak balik umah..Yang lain blakang kira..Balik nie pun aku wat2 cuti sendiri jek..Tanpa kesedaran sivik aku ponteng kelas usahawan aku..2 jam plak tue.hahha!!Bukan pe dah lama tak balik kan rindu plak aku kat umah..Lagipun dah nak puasa so aku nak balik umah makan segala2 yang bley di makan..hhahaha!!!Kalu arapkan makanan tak sedap + mahal kat cafĂ© tuh alamatnyer kurus kering la aku..adooo!!Berlaku lagi kekecewaan kat ati aku..aku timbang la berat aku semalam upenyer dah 37 kg..Tak silap aku baru sebulan dah ilang 2 kg..tensenn!!!Dah ar susah aku nak naikkan berat badan aku cam 2 bulan lepas..Cam nie menu makan aku 2 bulan lepas tyme kat LI..tup2 2 bulan naik smpai mencecah 39.4 kg dr 36.5 kg…hikhikhikhik…suke yg teramat!!!hahaha

- sarapan (nestum) jam 650 pagi



- Nasi lemak n air sirap jam 10 pagi

- Makan tengah ari (ayam + nasi + sayur + air) jam 1

- Minum petang (air + roti) jam 6 ptg

- Makan malam (nasi + sayur + Ayam n sewaktu dengan nyer) jam 8

- Tido..hahhaahha jam 10.30 mlam..



Tapia pa kan daya..naseb tak menyebelahi aku.berat aku turun balik..Dah la nak puasa dah skrang konpem2 la aku makin kurus..adooo!!

Perjalanan dalam 7 lebey dari kul 10 mlm sampai la kul 5 lebey baru sampai umah..Sampai aku kat stesen bas,jejak jek kaki turun dari bas ramai la pak cik-pak cik offer nak naik kereta sewa ke tak..Dalam ati aku..





“kesian nyer pak cik- pak cik nie..cari rezeki macam nie.Tapi xder sorang pown yang nak naik kereta dia..Kuar pagi2 buta cari rezeki tapi pulang ngan tangan kosong”…..sedih kan..





Bila abah ngan mum aku datang dalam 15 minit kemudian aku pown cakap la kat abah aku pe aku fakir pasal pak cik- pak cik tadi.Abah aku cakap





”sape nak naik kalu tambang dia mahal gaban,cekik darah tmbah2 tyme pagi2 cam ni”.





.erm so pas dengar cam tuh aku pown tarik balik simpati aku..hahhahah!!Ye ar kite kesian kat dia, kita plak yang terkena..Baik xpayah kesian ..Bayangkan kalu aku amik teksi tue balik umah..Tak pasal2 melayang 20 hengget dah la tu tyme 5-6 pagi konpem2 la mahal..huhuhuh!!~then aku pown berasmaradana di umah sampai xingat dunia~

Tp….bila balik ke kolaj stu tragedy (truk sangat plak perkataan tragedy tue kan..heheh!!cam nie la satu titik noda dalam contengan warni-warni kehidupan aku)…..peristiwa yang xkan dpat aku lupakan dalam idup aku terjadi…sangat menggangu emosi aku yang tak mudah terganggu ngan benda2 remeh…dendam mungkin wujud di situ..xkan ilang tersemat kemas dalam lipatan hati aku…………..~end~